ceritaku

Tuesday, April 14, 2009

sajak dari ayahanda

menitis air mataku apabila membaca sajak yang dikarang sendiri oleh ayahandaku Ahmad b. Kasim. sayu, pilu... terima kasih ayah. terima kasih kerana menghadiahkan anakmu ini kasih sayang yang tidak ternilai harganya...

Kurindu Bunyi itu– Buat yang disayangi

Kurindu bunyi itu
Yang hampir sering kudengar ketika malam sunyi sepi
Kalimat-kalimat hafazanmu yang menusuk dikalbuku
Kabar tentang kalam yang tiada tandingannya
Bunyi nan indah membius menenangkan jiwa ini.

Kurindu bunyi itu
Ketika ku sedar dari lamunan mimpi di malam dini hari
Yang pernah terdengar alunan suaramu dari kamar tidurmu
Suara serakmu yang menusuk digegendang telingaku.
Lengang lenggok irama bacaanmu yang membuatku tersenyum sendirian.

Kurindu bunyi itu
Nyaring, rendah, indah, shahdu, bergema
Ketika hafazan itu diulang, diulang dan diulang tanpa jemu.
Dikemuncak ketika dipenghujung kuliahmu,
Bunyi itu tetap berirama semahunya
Tanpa jemu , tanpa peduli apa yang berlaku disekitarnya,

Kurindu bunyi itu
Moga bunyi itu tidak akan henti buat selamanya,
Kerana ku rindukan bunyi itu,
Ku amat mengharapkan bunyi itu diperdengarkan
Tanpa bunyi itu hidup ini terasa sepi sekali
Bunyi yang membina kekuatan insaniah dan rohaniah
Karena itu wahyu dari Tuhan Seluruh Alam.

Teruskan sayangku, Anakku,
Ayah mengharapkan bunyi it terus bergema
Bergema tanpa jemu di teratak kita yang semakin usang itu,
Biar bunyi itu sahaja yang bergema melawan cengkerik di malam hari,
Cukuplah hadiah bunyi itu yang diberikan pada ayah yang semakin tua ini.
Terima kasih bunyi dari kalam yang maha suci.
Sungguh ku amat merindui bunyi.

Ibnu Qassim,
Pengapit batu,
12 April 2009.

No comments: