ceritaku

Friday, February 4, 2011

Al – Quran Sebagai Pembela

Masa awal-awal aku mula nak menghafal dulu, cerita yang sering di di dengarkan kepada pelajar-pelajar baru ialah tentang kelebihan al-quran apabila kita mati kelak. Bagaimana al-quran itu datang kepada kita dengan seraup wajah yang cukup menarik. Datang pula sebagai seorang jejaka tampan yang segak serta kesempurnaan yang tidak ada di dunia kelak…

Diceritakan pada suatu hari, Rasulullah telah bersabda “ belajarlah kamu akan al-quran, kelak dia akan datang kepada ahli-ahlinya dalam keadaan kita sangat memerlukannya. Datangnya pulak dalam seindah-indah rupa. Maka bertanya akan al-quran itu pada kamu ‘ kenalkah kamu dengan aku?’ maka orang yang pernah membaca al-quran bertanya kembali, ‘siapakah kamu?’ maka jawablah al-quran ‘ akulah yang kamu cintai dan sanjungi. Yang mana kamu sanggup bangun malam untuk membacaku, dan juga terus membacaku di siang harinya’ maka bertanya kembali si pembaca ‘ kamulah al-quran?’ ‘ya, akulah al-quran’ lalu al-quran menuntun pembacanya membawanya ke hadapan Allah ta’ala. Terus di letakkan di atas tapak tangan kanannya kerajaan dan kekal di atas tangan kirinya. Kemudian di letakkan di atas kepalnya mahkota. Kepada kedua orang tuanya pula diberikan perhiasaan yang tidak dapat di tukar ganti di atas dunia walau berlipat kali ganda lalu bertanya mereka ‘ dari mana ak mendapar semua ini sedangkan amal kami tidak setimpal dengan apa yang kami perolehi’ lalu al-quran menjawab ‘ kamu di beri semua ini kerana anak kamu sering membacaku ketika di dunia’

Kerana mendengar cerita itu, aku pun semangat untuk menghafal…tetapi adakalanya, iman tak kuat, ujian datang, kita lemah…fitrah manusia.. kekuatannya??? Sentiasa mengisi ruanga hidup kita dengan mengambil makanan rohani. Apa makanan rohaninya?? Inilah…dengan mengikuti diskusi ilmiah, membaca, mendengar sesuatu yang berbentuk pengisian yang berilmu, adakalanya dulu ak dan sahabat2 sering menimbulkan isu-isu hukum, isu-isu semasa yang boleh dikaitkan untuk di jadikan santapan rohani…usrah.. pertelagahan pendapat juga boleh dijadikan medan untuk kita membuka minda. Inilah yang aku maksudkan tadi…

Selalu-selalulah membaca….