ceritaku

Tuesday, February 19, 2013

- Kembali -



sekian lama menyepi. akhirmya kini kembali. kembali melari-larikan jemari di atas papan kekunci ini.

ketika ini, saat ini, waktu ini. hatiku sepi. barangkali kurang makanan rohani. tidak di cari bagaimana mahu datang sendiri. ya. makanan rohani perlu di cari. sedangkan makanan jasmani juga kita usaha untuk mencari. apatah lagi makanan rohani.

tetapi bukan ini yang hendakku ceritakan disini. ada yang lain menanti.

ah! serabut sekali kepala ku ini.

diam! diam! biar aku tulis di sini. jangan kau ganggu aku lagi! raut wajahku berubah tegang. skrin laptop ku renung kosong. sekosong jiwa dan hatiku kini.

jemariku tidak selincah dahulu ketika menari. rentak jariku semakin sumbang. kekok. seakan baru belajar menari di atas papan kekunci. ah!! monolog apakah sekarang ini???

aku melepaskan nafas kasar. bukan perkara ini yang hendak aku kongsikan disini! bukan ini! aku meraut wajah berkali-kali. pantas aku berpaling. melemparkan pandang ke luar jendela. sawah padi kekuningan. belum ada yang mengambilnya. ah! jangan buang masa. ku lihat skrin kembali. sekali lagi aku melepaskan nafas kasar.

wahai idea. datanglah kemari. buatkan jemariku kini menari kembali.

adus! bagaimana sekarang ini?? apa yang harus aku kongsi? aaaarrrrrrgggggghhhhhh!!! aku benci bila perkara sebegini terjadi.

tanganku gapai mencapai handphoneku. telinga ku sumbat dengan earphone. tiada duka yang abadi. lagu itu menusuk terus ke jiwaku kini. apa jua yang berlaku, kembali kepada yang empunya diri. kembali kepada Ilahi.

jariku menitik nokhtahkan monolog ini. pantas ku tekan publish!