ceritaku

Monday, November 14, 2011

entri pagi



Jam sudah lewat malam. Mata masih segar. Dari aku terkebil-kebil lebih baik aku blogwalking. Terisi jugak sampai mata rasa berat. Mungkin. Orang cakap, jalan jauh luas pemandangan, banyak pengalaman. Aku? Jalan jugak. Tapi jalan di dunia tanpa sempadan. Dunia yang perlu aku berhati-hati dalam memilih jalan. Jangan sampai tersasar. Reality? Macam tu jugak.

Dunia aku hanya berlegar di sekitar ini sahaja. Rumah, kampus, bilik, medan selera, kedai serbaneka dan sekeliling yang berdekatan. Dengan keluasan yang terhad ini, aku perlu menjadikan ia luas. Bagai aku mengembara menimba pengalaman. Hanya dengan dunia tanpa sempadan, aku mampu merentasi luar dari garisan yang terhad. Aku menjelajah serata dunia meninjau berita semasa. Baik barat, juga timur tengah. Aku Berjaya peroleh dengan sekelip mata. Benar bukan?

Pengalaman. Tak semestinya dari kita bukan. Belajar dari pengalaman orang lain juga merupakan pengalaman. Ah! Tak penting. Aku tinggalkan.

Sebolehnya aku ingin sampaikan sesuatu. Tapi apa? Buntu. Sekadar jari ini suka menari-nari di atas papan kekunci ini, atau sekadar meluahkan rasa. Entah. Pedulikan.

Oh! Ya. Aku sekarang dalam fatrah imtihan. Seusia 23tahun ini, memang usia menimba ilmu bukan? Juga pengalaman. Aku cuba menyusun cebisan-cebisan kehidupan dengan sebaik mungkin. Belajar menjadi manusia. Sejujurnya, aku suka begini. Berkomunikasi secara diam. Apa istilah yang lebih baik? Biarkan. Siapa membaca? Aku tahu kau baca. Sebab kau juga seperti aku bukan? Berjalan-jalan. Haha.

Sambung lagi.

Aku ada perancangan hidup sendiri. Lagi dua semester aku akan beroleh degree. Rancangnya untuk sambung master. Kemudiannya terjah alam kerja. Aku ingin bekerja yang mampu memberi aku kepuasan. Bukan soal gaji. Bukan soal pengumpulan harta amanah saham bumi putra. Tapi kepuasan, keseronokan. Bekerja di jalan Allah. Aku harap aku Berjaya. Positif.

Ahli bait aku yang lain masing-masing berada dalam dunia mimpi sudah. Cuma tinggal seorang lagi. Juga seperti aku barangkali. Mungkin. Bukan aku tidak peduli. Tetapi, ah! Hanya dalam hati aku diamkan. Dalam diam aku hanya mampu berdoa. Allah bersama-sama aku. Sekarang.

Lupa. Mungkin aku akan menukar design blog ini. Menjadi yang lebih simple. Hanya meninggalkan yang tertentu sahaja. Perubahan perlu di lakukan jugak. Hampir empat tahun sudah aku menjadi blogger yang hidup segan mati tak mau. Betul ke? Biarlah. Aku punya.

Ayuh. Aku mahu melelapkan mata juga. Kadang-kadang sesuatu itu perlu dipaksa bukan. Aku tinggalkan entri ini setakat ini. Banyak lagi yang hendak di bicarakan. Tapi mungkin hari lain. Sibuk? Bukan. Sengaja buat-buat sibuk.

p/s: moga urusan aku dipermudahkan Allah. Segala yang baik hanya dalam tangan-Nya.

Sunday, November 13, 2011

diam.

November lagi..

Kali ini tajuk apa pulak utk entri ni.

Mati. Mati..?

Pernah tak kita fikir macama keadaan kita masa kita mati? Dalam mulia atau aib duka? Dalam keadaan dosa kita, tanpa sempat kita taubat pada esa. Mcmana kita nnti?
Sbb tu pentingnya pengisian jiwa.

Ok, makan-makan jugak, makanan rohani kita jgn lupa jugak taw!

p/s: banyak lagi yg perlu aku belajar menjadi manusia yang ada jiwa.