ceritaku

Monday, January 25, 2010

aku yang tak berdaya....

sabtu lepas, aku attend mjlis tunang kwn aku. tolong family dia wat persiapan dri pagi sampai petang. letih, tapi alhamdulillah...selesai semuanya. selamat kawan aku tu. insya Allah, tak dk aral dalm bulan 3 ni dia kawin. full stop.

ahad plak, pagi tu da perjumpaan semua pelajar kuliah di perkarangan kediaman. us.idrus selaku timbalan dekan mengumumkan peralihan kuasa saf pimpinan pelajar. aku tak hadir sebb ngantuk. so, dlm pukul 10 baru ak gi kuin. dapat berita yg aku sendiri tak nk taw. sekali lagi ak di amanahkan untuk memikul tugas sebagai tim. s/u saf pimpinan pelajar. dalam hati ni dh bengkak dh... bila lagi nk latih yg bru. setkt nk minta nasihat atau pndgn aku bleh lagi terima. tapi nak suh duduk sekali dengan dowang ni, seratus kali gak ak kena fikir.. tapi dlm masa yg sama, ak kecian tegok dowang. terumbang ambing. alasan yg di beri sebb nk bagi gak wakil dari stdnt ijazah dlm saf pimpinan.

apa2 pun, hati ak ni perlu dibersihkan lagi. manusia hanya menjadi perantaraan shj. yang menentukan seglanya ialah Allah ta'ala... ak positif.allah nk aku lebih dkat denganNya. tarbiyah allah pada hambanya tidk pernah kurang. masya Allah...segalanya dlam tangan yang menciptakan kta. moga aku diperlihara oleh allah dalm apa jua keadaan. amin..

isnin. pg tadi gi kelas, terus call fizah. tnya dia bila nk daftar. ak tolong tanyakan untuk dia macamna kes dia ni. lewat sesangat dah nk daftar. tanya k.ina, k.ina kata hea punya kuasa. kuliah di luar bidang. so, ak gi tanya hea, dowang suh minta borang tambah kursus pada PA n hantar pada dowang. ak tolong cari borang n tinggalkan tuk fizah uruskan segalanya. ak harap dia hantar borang tu pada hea. tu je yg aku mampu tolong dia. aku nak sangat dia habis tasmi'...

sekarang dah 10.56 mlm...

aku dh ngntuk...

tapi banyak lagi nk kongsi...

mungkin bukan sekarng...

esok2 kot...

aku dah tak berdaya...

daa...salam.

Friday, January 22, 2010

jumaat

In the name of Allah…

ari ni ari jumaat. penghulu segala ari. pagi tadi dapat msj dri adik aku. ehm..dia nk kena men bola jaring ari ni. pertandingan anjuran MPM. msj kejap je dengan dia.last msj dia " doakan..akak2 nie minta wat yg terbaik tuk dowang, tapi sy akan wat yg terbaik untuk akak....." terharu aku.

"Ya Allah..permudahkanlah segala urusan adikku ini dalam segala urusan. hatta urusan dunia mahupun urusan akhirat..."

kalau dpt bola kat tangan dia cmfrm masuk punya... huhuhu...bukan calang2 pemain dia ni. mendapat sorokan ramai.

so, tadi dia msj. dowang menang. 6-2. tahniah dik berjaya menguasai permainan. thanks God. alhamdulillah.... dia ngadu belang la muka dia.. ak cakp kat dia lepas ni boleh la kawan dengan kuda belang...huhuhu..jagn marh dik. nanti cepat tua. dia ckp hampir2 tension men kali ni. dia kena guard habis2an. tiga kali break, tiga kali tukar org jaga dia.. kawn dia yg jdi simpnn terdegr team lawn suh sume guard dia habis2an. lincah betul adik aku nih. i proud with her..

and my turn next week. aku just nk enjoy je men ni. mnang kalah adat. letak tepi. janji aku seronok. ak akan wat yg terbaik. untuk sume. tapi khususan ila adik aku tu...

sorry, post kali ni bnyk citer pasl adik aku tu..

Thursday, January 21, 2010

harapan

peace...

pening aku hari nih... td petang baru hbis kelas qiraat. masih terngia2 hrapan us.idrus pada semua yang amik ijazah.

"ana tak harap apa pun dari enta pa semua. cuma ana harap ingat quran. biar mngalir dalam darah kita. mana kita pi, diri kita tak kosong. ap yg kita tgh mengaji sekrg ni hanyalah sekadar pengisian. yang paling utama ana nak, dalm diri enta pa tu quran. ingat quran, jaga akhlak. yang len tu biaq pi dulu.. tu yang orang dok salah kita tu. quran tak ingat langsung.. "

ehm...berat arapan ustaz. tapi cuba la kita sama2 realisasikan. generasi huffaz pemangkin ummah masa hadapan...insya Allah..

kalau ikut, sok (jumaat n sabtu) da program mentor menti. tapi aku tak tau ap pun.. ni pun tdi baru minta tolong adik aku ni tanyakan pasal group usrah aku. nasib bek dia nk tolong.. thanks dik.. isk, dh la ri tu tak gi amik test level usrah. masalh betul la..

ada yg cakap kalau tak gi sok, tak leh konvo nanti...hah!? memang cari nahas. tapi sok n lusa aku ngjar. pastu lusa plk aku nk kena bawak hantran kawan aku tunang. so, kat sini timbul masalah fiqh aulawiyat... mana satu aku nak dahulukn.

progrm tu kalau aku tak gi, dgrnya tak leh konvo. masalh balik kat aku. tapi aku dulu masa dip tak dk la plk wat hal. takkan tak leh tolak ansur kot... sok n lusa aku ngjar. kalau aku tunda bila nak ganti? jumaat minggu depan? dah dua ari aku tak gi ngjar. kesannya pada budk2 tu la... so???

lusa plk nk kena bawak hantarn kawan aku. habis nnti kalau aku tak bawk, sapa yg nak bawak. dh la janji dgn ustzh hakimi n k.asiah juga sakinah nak bawak dorg g mjlis tu... kesannya nnti kat family n majlis kawan aku tu la...

pening2....

Wednesday, January 20, 2010

cerita

salam ceria... ari ni aku habis kelas pukul 11.30 pg. kelas kajian al-hadith. huh! semua muqarar pasal bab kahwin. susah betul. dah la aku sorg je perempuan... bork pasal bab kahwin. memang cari nahs betul.. nasib bek yg lelaki back up aku. macm tau2 je aku tak senang duduk pasal bab ni. thanks guys..

pg tadi masa on da way nak gi kuin, saja la tengok gelagat pemandu2 jalan raya. bila aku tengok ada yg langgar lampu merah...terus hati aku berdetik. kalau undang2 manusia wat pun boleh langgar, tak mustahil undang2 yang Allah tentu pun dia boleh langgar... ehm.. ni la namanya manusia.

tadi lepas habis kelas, aku gi teman kawan aku tempah kek untuk hantaran dia. singgah solat kat pusat dakwah. sambil2 tunggu kawan aku gi amik wuduk, saja la perhatikan gelagat jemaah2 yang tengah solat. tetiba, mata aku tertanggap dengan sorg jemaah ni. aku perhati, dri rakaat pertama sampai la habis... dia solat bukan macam org solat. ruku' dia terus sambung dengan sujud. sujud pun tak betul2 sujud. terdetik kat ati aku, betul ke makcik ni. sampaikan jemaah yg sebelah dia pun tengok dia solat semacam je...sampai berkerut dahi makcik tu dia jemaah ni solat. aku pun, saja la nak tengok muka makcik ni. curi2 pandang. tetiba dia senyum sorang2 sambil mlut dia terkumat-kumit macm tegh bercakap. lor...dengan sapa dia cakap. aik? waras ke tak? huhuhuu

ehm...makcik tu tak waras... see?? org yang tak waras pun ingat nak solat. walaupun dia solat bukannya betul pun. tapi tu urusan dia dengan Allah. kita yang waras ni?? ingat solat tak? entah kadang2 wat2 lupa tak.....

p/s: selalu tngok papan tanda kat masjid atau surau2... "Solatlah anda sebelum anda di solatkan..." kalau renung betul2 ayat tu...bukan ayat biasa tau. ayat PERINGATAN!!!

peace no war...hhuhuhu

Tuesday, January 19, 2010

realiti kehidupan

ehm...salam meningkatkan tamduan dan sakhsiah untuk semua........

dari 2007 sehingga sekarang...blog ni dah banyak menceritakan kisah2 perjalanan hidup aku sebagai seorang mahasiswi... banyak suka, duka, gelak ketawa, sedih dan yang nyata berbagai2 inti pati yang dah aku kongsi bersama...

cuma untuk kali ni, hidup aku sedikit suram dari istilah perjuangan sebagai seorang daie... aku dh banyak wat hal sendiri...betapa ap yang aku dapat sebelum ini belum mampu untuk menjadikan aku seorang yang tegar dalam menempuh halangan2 yang mendatang.

aku amat merindukan suasana ketika mana aku sering di tarbiyah...walaupun sekrg peluang itu ada, akan tetapi aku merasakan ianya bukan untuk aku.. aku juga merasa kontang kerana aku amat dahagakan makanan rohani yang sudah lama tidk aku jamah.

seringkali aku tertanya2, apakah tidk ada lagi peluang untuk aku?? aku tidk mampu menjawab...

sekarang, misi dan visi aku ialah untuk menimba ilmu di bumi kuin ini sebanyak mana yang mmpu aku aku timba. supaya aku boleh kongsi dengan semua..

semoga allah permudahkan segala urusan hambanya dalam menuntut ilmu agamaNya....

insya Allah, 31 aribulan ni k.hanisah akan melangsungkan perkhwinan dgn pasangannya yang merupakan jiran seblh umah je.... moga berkekalan hingga akhir hayat... peace no war.. huhuhu...

p/s: aku join sukn MPM men pingpong. teringat masa tau dua dulu kisah aku n pingpong yang tak kesampaian... saja la nak lepas gian men... menang kalah adat la... yang pasti aku enjoy...

Saturday, January 16, 2010

apa khabar orang kampung....



huh! rinduny dgn kawan2 lama... apa la yg dowg tgh wat sekrg ni? ehm.. lets chek out. kak minah tgh ngajar kat IQKL with her partner along. fatim sekarang kat mesir amik medic. k.inat dah kahwin sekarang still kat kuin jadik guru tasmi'. kak lin pun dah berumah tangga n sekarang tgh tunggu peluang nak sambung ngaji. kak ain kat penang ngajar. sarah jaga kedai nasi kandar ayah dia. kak suhana plak tunggu peluang nak keje... sapa lagi erk.. ehm, amirah n kak shuhada kat mesir sambung ijazah qiraat. fizah....kat umah. adus, tak tau bila dia nk sambung balik study dia yang terbengkalai ni... wan still kat kuin mengahbiskan saki baki quran yang belum dia tasmi'... munirah...huhuhu...akan kawin coming soon...dia pun kat kuin jadik guru tasmi.... n aku? still gak kat bumi kuin ni...sambung ngaji...

p/s: yang tengah tu (dlm pic) guru tasmi' kitaorang. Ustazah Noor Hakimi. thanks a lot ustazah sbb banyak bagi sokongan moral pada kami semua. jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat. ehm..ustazah hakimi la yang tasmi' kitaorang sampai khatam. alhamdulillah...syukur nikmat Allah ta'ala bagi...

Thursday, January 7, 2010

2010

sedar tak sedar dah pun masuk tahun baru...bertambah lagi setahun umur ak. brtmbh jgk umor blog dhoif ak nie... 2010. ehm, apa plk cabarn tahun baru kali nie.. berserah pada yg Esa.

lama jgk aku tak update blog ni. kesuntukan masa membuatkan blog ni sedikit sebnyk dah terabai. well, apa2 pun selamat tahun baru pada semua.

berckp pasal tahun baru, mesti tak sah kalau tak sebut pasal azam. semua org mempunyai pandagn masing2 pasal azam. betul?? aku punyai pndgn tersendiri. bagi aku setiap hari kita perlu berazam. berazam untuk jadi yg terbaik dari semalam. dalm apa jua tindkan kita. contohny, hari ni banyak masa kita terbuang untuk benda2 yg tak berfaedah. so, esok kita cuba rncng masa kita sebaik mungkin. jgn ada yg terbuang macam hari ni.....

ok, sedikit perkongsian pengalaman aku kembali sebagai student. mcm ak kata tdi. azam. so, azam ak kali ni, nk jadikan sem ni terbaik dari yg lepas. i mean, masa ak amik dip dulu...

bacth pertama. aku dh dapat lompat taun dua. dh la lompat taun, lompat gak sem. so bila dihitung, ak hny study selma 2 tahun setgh shj. untungkan?? tapi, lompat tak semstinya tak bawak paper sem2 yg lepas. aku tetp tak terlepas jgk... so, berat tapi dlm masa yg sama untung.

seronok dpt sambung ijazah qiraat. ak bljar lagi detail. contoh dlm tajwid. hukum mad a'rid lisukun. knp dipanggil mad. ada plak a'rid. apa makna a'rid. tambh plk dgn sukun. kenp perlu ad sukun??? so, persoalan banyak timbul kat sini. dan lagi hukum ni bukan hukun yang asal. see?? sebelum mad a'rid lisukun ada hukum len. hukum asal sebelum mad a'rid lisukun.... ak enjoy dgn kelas aku.

istimewanya aku ialah... aku sorg je perempuan....... perlu bersaiang dgn 11 org lelaki dalam kelas. fuh.. berat tu. tapi, ak sahut cabarn ni. untuk buktikan pada semua yg aku pun boleh untuk kuasai qiraat walaupun tak gi mesir. dan perncgn jangka panjang ak ialah, habis ijazah ak akn terus sambung master dlm pengajian atau pembelajran al-quran. alhamdulillah, walaupun aku sorg perempuan, dowang yg dalam kelas banyak bagi support. ap je maklumat dowang akan smpaikan pada aku. tak delah aku rasa terpencil sgt. ustaz n ustazah pun banyak bagi skongan. cuma satu, kita kena banyak bergerk sendri.

cuma tu jelah...kuat mana pun aku, kadg2 tu rasa down jugk... perkara biasa la. kena banyk positif. terima kasih pada semua yg banyk bagi aku support. ak pun manusia biasa. punya hati dn perasan. so, bila kadg2 tu rasa down, biasa la..... bila mngaji kita sorg perempuan ni kena banyk wat muka tak malu. kalau malu, kita akan terkebelakang. seronok sebb kita dpat usaha sendiri. so, ni salah satu anjakan paradigma dlam diri aku.

dulu first aku rasa nk tarik diri jgk, tapi...bila lagi nak cabar diri sendiri. usaha dulu, baru tau kemampuan. allah pun dh sebut, "islah mastato'tom", usaha ikut kemampuan. yang selebihnya urusan Allah..

semoga Allah permudhkan segala urusan ak utk menuntut ilmunNya.. ni baru permulaan. tak tau lagi apa cabaran yang mendatg. ak nk kongsi lagi. bila kursus yg aku amik terlibat dengan pusat bahasa, so, aku kena berurusan dengan pusat bahasa. contoh untuk kursus bahasa inggeris. ak kena pilih group sendiri. yg tak bertindh dgn jadual kelas ak. so, di sebbkan aku sorg permpuan untuk sem aku. maka ak tak ada plihan. kena jgk masuk dgn studnt pengajian. buat muka tak malu dh la.. aku harp dapat la bagi komitmen dgn group aku tu... cabaran jgk ni.

so, untuk hari2 yg mendaTAng ni, aku harp dapat lalui dengan baik. dengan bantuan dari Allah. hanhya Dia yang dapat membantu ak. hanya Dia yang mempu menguatkan hati aku. hanya Dia tempat aku bergantung sepenuhnya...