ceritaku

Tuesday, October 20, 2009

berikanlah aku hidayahMU

Jiwa aku kosong. Entah kenapa kali ini aku merasakan diri aku terlalu sunyi. Bukan hanya sekadar sunyi, tetapi jauh… jauh dari perhatian Allah. Jauh dari rahmat Allah. Jauh dari segala-galanya. Aku betul-betul buntu. Seolah-olah aku kehilangan arah. Dadaku terasa sesak. Sakit yang tidak terzahir. Dosa apakah yang telah aku lakukan? Berat atau ringan? Berilah aku petunjukMu Ya Allah… ampunkanlah segala dosaku Ya Allah… peliharalah diriku Ya Allah dari azabMU yang amat pedih Ya Allah…

Ya Allah… berilah aku hidayahMu. Kurniakanlah aku cinta dan kasih sayangMu. Hadiahkanlah aku ketenangan yang aku cari Ya Allah… ingin sekali aku merasakan halawatul iman Ya Allah… bimbinglah aku Ya Allah…

Aku beruntung kerana dikurniakan ayahbonda yang amat menyayangiku. Membimbing diriku. Memberi didkan agama untukku. Aku juga beruntung, kerana dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang. Adik-adikku. Sahabat-sahabatku yang tidak kurang malah makin bertambah.

Kadang-kadang aku merasakan bahawa aku tidak layak untuk berada di atas muka bumi ini. Terlalu banyak nikmat yang telah Kau bagi. Dari awal kelahiranku sehinggalah sekarang. Tetapi, aku banyak sekali membalasnya dengan dosa-dosaku… layakkah aku??
Ingin sekali aku isi jiwaku yang kosong dengan asma’Mu Ya Allah.. bantulah aku. kepadaMU aku berserah. kepadaMu aku bergantung harap.. izinkanlah aku Ya Allah… untuk mencintaiMu.

No comments: