ceritaku

Sunday, April 13, 2008

siapa kita?

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! Hanya lafaz itu sahaja yang mampu aku ucapkan takala menutup naskah perjuangan Khalid bin Walid yang lebih senang digelar sebagai Saifullah iaitu “Pedang Allah”. Esak tangisku yang kedengaran sepanjang membaca sejarah sahabat Rasulullah itu masih lagi tidak mampu menyamai perjuangan yang telah diperjuangkan oleh Khalid Al-Walid. Masih ada lagikah insan sepertinya? Saidini Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata

“Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid”. Aku sendiri tidak menafikan apa yang telah diungkapkan oleh Khalifah Islam yang pertama itu benar. Semangat yang dibawa oleh Khalid bagaikan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam. Imannya yang mantap, tidak mampu digoyah hatta di ditawarkan dunia sekalipun untuknya.

Bagaimana kita? Mampukah kita mentauladani sikap serta sifat seperti Khalid bin Walid? Sikapnya yang keras semasa berperang bagi memperjuangkan agama Islam yang amat dicintai. Sifatnya yang lembut dan tegas semasa menyebarkan agama dikalangan penganut agama selain Islam. Kita? Bagaimana kita? Masih adakah rasa tanggungjawab untuk mengajak insan yang jahil, yang bodoh berkenaan agama Islam supaya menyertai kita?

Tidak perlulah kita melihat jauh ke Palestin, Iraq, Afganistan dan lain-lain Negara Islam yang sekarang ini ditindas. Mengapa perlu membandingkan kita dengan sahabat-sahabat nabi yang terdahulu? Cukuplah sekadar mengambil contoh serta iktibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah amal ma’ruf nahi mungkar.

Nah! Inilah peranan kita. Pedulikan dengan pandangan orang. Pekakkan telinga dengan sindiran orang. Kenapa perlu kita kisahkan dengan kata-kata dan ungkapan orang? Nabi dan sahabat-sahabat ketika dahulu lebih teruk penghinaan yang diterima mereka. Lebih buruk ungkapan yang diterima. Lebih dahsyat penyeksaan yang diterima. Kenapa mereka masih mampu bertahan? Kerana mereka teramat cintakan Islam. Teramat rindukan syurga Allah. Kita? Tidak rindukah kita dengan semua itu? Tidak mahukah kita dengan ganjaran yang diberikan oleh Allah?

Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita.

Friday, April 11, 2008

salam perpisahan

Sedih rasa hati bila semester mula menginjak pergi… rindu akan terusik bila kenangan bermain di mata. Embun perjuangan mula mendakap sepi bila seri di bawa pergi..

Kenapa setiap pertemuan pasti ada perpisahan? Kenapa mesti perlu menjalani pahitnya hempedu perpisahan? Alangkah sepinya hati bila terasa kehilangan. Tapi..ketahuilah bahwa ianya akan menjadi manis bila usia menyinjak masa.

Kenangan tetap akan menjadi kenangan. Kehidupan yang realiti perlu dtempuhi. Yang pasti segala memori tidak akan sama sekali dilupai. Ingatlah.. kita pernah berada di bawah satu bumbung. Kita pernah berkongsi suka dan duka kehidupan. kita pernah kecewa dalam meneruskan perjuangan ini. Tetapi kenapa masih kita kekal di sini? Kerana ukhwah yang mendakap tali silaturrahim antara kitalah membuatkan kita masih lagi mampu bertahan sehingga ke akhirnya.

Sedih bila memikirkan apakah masih ada lagi ukhwah yang sebegini hebat untuk kita saling kenang-kenangi? Apakah masih ada lagi ikatan yang sebegini kukuh untuk kita rasai?

Terima kasih Tuhan kerana mempertemukan aku bersama insan yang mencintai Al-Quran, mencintai perjuangan, mencintai islam. Kasih kami tiada sempadan… sehingga aku tidak mampu untuk bertahan andai kehilangannya…kerana ikatan ini bukan mainan.. semoga terhebat dalam perjuangan walaupun akhirnya langkah kita berlainan…


Kenangan tetap akan menjadi kenangan…

Saturday, April 5, 2008

kehidupan pasca pilih dan raya

Bukan senang nak menyesuaikan diri untuk jadi anak ahli parlimen. Banyak benda yang kita perlu pelajari. Banyak benda yang perlu kita ketahui. Berat sangat beban yang ditanggung. Kalau sebelum ni pergi makan kita ambil sendiri, tapi lepas pilihanraya, nak makan pun orang tolong ambikkan. Bukannya susah pun nak ambil makanan. Tapi entahlah.

Kalau dulu kerja-kerja rumah mak yang buatkan, tapi lepas pilihanraya ada pula orang tawarkan diri nak jadi pembantu rumah. Walhal..kami adik-beradik dah besar panjang. Tak perlu pembantu rumah. Cukuplah mak sendiri yang menguruskan kami adik-beradik.

Kalau dulu tak ada orang nak ambil peduli kami sihat ke tak sihat ke. Kami ada makan ke, tak ada makan ke. Kami cukup duit ke tak cukup ke…tapi lepas pilihanraya je, ramai pulak yang Tanya khabarlah, Tanya sihat ke tak. Sedih sangat. Kenapa pangkat yang mereka Nampak?
Mak sendiri pernah cakap…kalau dulu ayah keluar bertugas, keluar menyampaikan dakwah, keluar sebagai sukarelawan tak ada siapa pun yang ambil peduli pasal kami adik-beradik. Tak ada siapa pun yang Tanya kami cukup makan pakai ke tidak. Hatta adik-beradik sekalipun. Sedih teramat sangat. Kenapa boleh jadi macam ni?

Lepas saja menang pilihanraya, terus diaorang ambil peduli. Kenapa tak Tanya sebelum ni lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dua puluh tahun yang lalu? Kenapa perlu tunggu ayah ada pangkat, ada nama?

Kalau dulu adik-beradik ayah selalu perlekehkan ayah, kerja sebagai pendakwah ni ada duit ke tak? Dah la anak ramai…tapi sepanjang ayah kerja sebagai pendakwah tak pernah sekalipun mak pergi rumah adik-beradik minta beras, tak pernah mak pergi rumah adik-beradik minta duit. Ayah bagi keperluan cukup. Makan cukup. Pakai cukup. Kami boleh mengaji sampai peringkat yang tinggi. Kenapa perlu pertikaikan pekerjaan ayah waktu tu?

Dengan duit sebagai pendakwah tulah ayah boleh buat rumah untuk kami adik-beradik. Tapi mereka? Masih lagi di tapuk yang lama. Kalau sebelum ni ada seorang kakak ayah cakap… ayah tu suka sangat jalan dengan tok sebab tok bank dia(ayah). Walhal, ayah tak pernah minta duit pada tok. Tok yang bagi. Ayah terasa hati sangat dengan kakak dia. Tapi sekarang? Berguni-guni pujian dia pada ayah..

Ada pernah sekali tu, adik-beradik ayah cakap pada mak, nanti kalau ayah menang kita mekapkan mak cantik-cantik. Kenapa perlu pertikaikan pakaian mak? Malukah perpakaian menutup aurat? Malukah mereka melihat mak hanya memakai jubah dan tudung labuh? Sedih hati ni.

Dulu waktu ayah dan mak baru berkahwin, ada seorang kakak ipar ayah cakap, laki kita hitam-hitam pun banyak duit. Dia pandang sinis pada ayah. Pekerjaan ayah. Anak-anak ayah. Kenapa perlu semua ni terjadi? Mereka memandang sinis pada ayah dan keluarga ayah sebelum ayah menjadi ahli parlimen. tetapi mereka sanjung ayang selepas ayah jadi ahli parlimen. inikah yang dinamakan susah payah di cari senang sekali je panggil dah mari!!

AKU TERAMAT TERKILAN DENGAN SIKAP ADIK-BERADIK YANG MACAM NI!!
DAN AKU BERBANGGA DENGAN AYAH KERANA MAMPU MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAH BOLEH LAKUKAN LEBIH BAIK DARIPADA MEREKA. AYAH MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN KELUARGANYA TANPA BANTUAN MEREKA!!

Esok aku nak exam. !!! doakan aku!!!