ceritaku

Saturday, November 1, 2008

takku duga


Saat pertama aku mendengar namanya, aku dapat rasakan bahawa dia seorang yang berpewatakan lemah-lembut. Falihin Anak sulung yang sekarang sedang menuntut di Syria mendapat pendidikan di Mua’sasah sama sekali aku tidak kenal apatah lagi bertemu. Hanya bercerita melalui sahabat aku sahaja.


Dia melanjutkan pengajiannya pada tahun lepas (2007) bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangannya. Selepas beberapa bulan, maknya di sahkan mengidap leukemia tak silap aku. Dia yang berada di Syria langsung sama sekali tidak mengetahui akan penyakit maknya.


Ada beberapa kali dia menghubungi ayahnya untuk bercakap dengan sendiri dengan maknya, tetapi ayahnya sering memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan anaknya bercakap dengan maknya. Bukan bermaksud si ayah tidak menyukai, tetapi permintaan si emak supaya tidak mengkhbarkan kepada anaknya dengan harapan tidak mahu mengganggu pengajian anaknya nun jauh di bumi anbiya’.


Melalui perkhabaran adik sahabat aku yang juga teman rapat Falihin di sana, dia sering kali menangis. *aku berharap dia dapat melalui ujian Allah ini dengan tabah..


Maknya langsung tidak mahu memberitahu penyakit yang dihidapi kepada anaknya. Biarlah anaknya dapat menyambung pengajian dengan selesa. Sewaktu Falihin cuba menghubungi ayahnya untuk bercakap dengan emanknya, ketika itu emaknya sudah tidak boleh bercakap.


Sakit mengejut dan berterusan akhirnya membawa kepada ajal emaknya pada hari jumaat bertarikh 31 oktober 2008 bersamaan 2 zulkaedah 1949H. namun, berita kematian emaknya langsung tidak diketahui oleh si anak di rantauan. Sedih, sayu.


Aku yang mendapat berita kematian emaknya terus langsung sedih teringatkan dirinya yang berada di bumi anbiya itu. Apakah perasaannya? Dia kemungkinan akan pulang pada bulan 6 tahun depan. Tapi pada waktu tu,…..


Ayanhnya merancang untuk memberitahu kematiannya sewaktu dia pulang pada bulan enam nanti.


Aku harap dia dapat melalui semua ini dengan tabah. Ingatlah bahwa allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kemampuannya.


p/s: maaf bebanyak sebab ayat terlalu skema.

1 comment:

Everlasting Eternity said...

ni crita btoi ka hy rekaan smata2?
uhu...