ceritaku

Saturday, February 16, 2008

cabaran hidup

Hidup ini sebenarnya memerlukan cabaran.. memerlukan rintangan… memerlukan juga ujian untuk mematangkan diri kita sendiri.. adakalanya hidup ini diuji dengan ujian yang sebegitu berat sehinggakan kita terduduk dan menangis kerana beratnya ujian tersebut. Akan tetapi haruskah kita sebagai seorang hamba yang sepatutnya diuji terus mengalah sebegitu sahaja?

Renungkanlah kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita seharian. Renungkanlah kembali apa yang perlu kita lakukan untuk hidup ini. Renungkanlah kembali apa yang perlu kita ubah untuk memperbaiki kehidupan kita ini.

Haruskah kita kekal pada tapuk yang lama? Haruskah kita menetukan kehidupan kita hanya pada takdir? Perlukah kita berdiam diri dengan apa yang telah menimpa kita? Lakukan sesuatu saudaraku. Lakukanlah sesuatu yang boleh membuatkan hidupmu semakin matang untuk menempuh realiti kehidupan ini.

Janganlah berserah hanya kerana kita seorang yang lemah. Allah itu maha Adil.. dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jangan sekali-kali kamu menyerah hanya kerana kamu tidak mampu untuk bangun kembali apabila kamu jatuh.

Sedarlah wahai saudaraku.. kita hidup hanya sekali. Jangan kamu menyesal dan minta kembali untuk ke dunia hanya kerana kesilapan yang kamu telah lakukan. Hanya dengan keengganan kamu untuk berubah. Hanya kerana kamua merasakan ianya hanya sebuah takdir yang telah ditentukan oelha Allah. Ingatlah wahai saudaraku… kita ini makhluk Allah yang dimana Allah akan menguji untuk melihat setinggi mana tahap keimana kamu. Lakukanlah sesuatu…

Ingatlah.. berkat dengan kesabaran kamu dalam mengharungi segala ujian mehnah dan cabaran hidup ini akan membuahkan hasil yang cukup matang dalam kehidupan kamu nanti. Ingatlah juga akan hasil yang akan kamu perolehi di akhirat kelak. Yakinlah yang kamu tidak akan menyesal dengan apa yang telah kamu lakukan untuk sebuah perubahan.. percayalah akan Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya…

No comments: